Frederick I, Maharaja Suci Rom
Frederick I, Maharaja Suci Rom

Frederick I, Maharaja Suci Rom

Maharaja Frederick I (Bahasa Jerman: Friedrich; 1122 – 10 Jun 1190), juga dikenali sebagai Maharaja Frederick Barbarossa, merupakan Maharaja Suci Rom sejak tahun 1155 sehinggalah kemangkatan baginda. Baginda dinobatkan Raja Jerman di Frankfurt pada 4 Mac 1152 dan ditabalkan di Aachen pada 9 Mac 1152. Baginda menjadi Raja Itali pada tahun 1155 dan dimahkotakan Maharaja Rom oleh Paus Adrian IV pada 18 Jun 1155. Dua tahun kemudian, istilah sacrum ("suci") pertama muncul dalam sebuah dokumen yang berkaitan dengan Empayar baginda.[1] Baginda kemudian secara rasmi dimahkotakan Raja Burgundy, di Arles pada 30 Jun 1178. Baginda dinamakan Barbarossa oleh bandar-bandar Itali utara yang baginda cuba takhluki: Barbarossa bermaksud "janggut merah" dalam bahasa Itali;[2] dalam bahasa Jerman, baginda juga dikenali sebagai Kaiser Rotbart, dengan makna yang sama.Sebelum penobatan maharaja baginda, Maharaja Frederick mewarisi Duke dari Swabia (1147–1152, sebagai Frederick III). Baginda merupakan paduka anakanda putera kepada Duke Frederick II daripada dinasti Hohenstaufen dan Judith, paduka anakanda puteri kepada Henry IX, Duke dari Bavaria, daripada Dinasti Welf saingan. Oleh itu, Maharaja Frederick diwariskan daripada dua kerabat terkemuka di Jerman, menjadikan baginda pilihan yang dapat diterima sebagai putera pemilih Empayar.Sejarawan menganggap baginda sebagai maharaja zaman pertengahan Empayar Suci Rom yang teragung. Baginda menggabungkan kualiti yang menjadikan baginda seakan-akan sangat luar biasa berbanding orang yang hidup sezaman dengan baginda: kepanjangan usia baginda, cita-cita baginda, kemahiran penyusunannya yang luar biasa, kebijaksanaan medan perang baginda dan kejelasan politik baginda. Antara sumbangan baginda kepada masyarakat dan budaya Eropah Tengah termasuk penubuhan semula Corpus Juris Civilis, ataupun undang-undang Rom hukum, yang mengimbang balas kuasa paus yang menguasai negeri-negeri Jerman semenjak pengikatan Tengkarah Penobatan.

Frederick I, Maharaja Suci Rom

Pemerintahan 1152–1190
Ayahanda Frederick II, Duke dari Swabia
Pemakaman Gereja St Peter, Antioch
Pasangan
Bonda Judith dari Bavaria
Anakandamore...
Agama Roman Katolik
Kerabat Hohenstaufen
Kemangkatan 10 Jun 1190 (berumur 67–68)
Sungai Saleph, Armenia Cilicia
Kemahkotaan 30 Jun 1178, Arles
Didahului oleh Conrad III
Keputeraan 1122
Diikuti oleh Henry VI

Rujukan

WikiPedia: Frederick I, Maharaja Suci Rom http://www.authorama.com/famous-men-of-the-middle-... http://www.enricopantalone.com/ladistruzionedimila... http://encarta.msn.com/encyclopedia_761561996/Fred... http://lba.hist.uni-marburg.de/lba-cgi/kleioc/0010... http://lba.hist.uni-marburg.de/lba/pages/ http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://katalog.nsk.hr/F/?func=direct&doc_number=00... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p070488428